Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Resepi Creame Puff



Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani&Kak Mas

Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur 


Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...


                 Custard Filling                          
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber:  Tun Telani

Bahan2:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.


Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
Hubungi Hotline kami 018 2637833

Resepi Biskut Pretzel



Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya: 

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

---------------------------

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!


Sugar Cookies, Pretzel Sebagai Door Gift




Sugar cookies adalah antara hadiah, door gift yang popular semasa majlis hari jadi anak anda. 
Budak-budak sukakan sesuatu yang manis dan cantik. Lebih-lebih lagi jika diberikan stick macam lolipop, kita boleh jadikan snak lebih berkhasiat dari lolipop. 

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!




Resepi Donot Coklat



Bahan-bahan Donut
(http://iziramashi.blogspot.com)


1 kg tepung  (tp asingkan 1 1/2 cwn dari pek tepung tu)
2 sudu marjerin
1 biji telur ayam
1 sudu overlate
1 peket yis (bancuhkan dengan 1 cawan air suam)
1 sudu susu tepung (bancuhkan dengan 1 cawan air)
1 sudu garam (bancuhkan dengan 1 cawan air)
3/4 air (dengan m'gunakan cawan yang sama kita bancuh garam, susu tepung dgn yis tadi)

Cara-cara memasaknya

1. Rendam YIS dengan air tadi. biarkan sampai naik kejap.
2. TEPUNG (diayak) diuli bersama dengan MARJERIN tadi.
3. Masukkan TELUR dalam tepung tadi.
4. Masukkan bancuhan SUSU TEPUNG yang dah dibancuh tadi.
5. Masukkan bancuhan YIS tadi.
6. Masukkan bancuhan GARAM tadi.
7. Masukkan OVERLATE tadi.
8. Uli sampi rata. tak ralat pakai tangan, uli pkai mesin. =p
9. Dah cantik doh kita, letak tepi lu bagi die rest.
10. Pastu cari la acuan donat, then tekap-tekap dekat tepung. (mcm buat kuih raye tu). dah tu   biar tepi sampi dia naek kembang.
11. Dah kembang, goreng la. apalagi. jd la mcm gmbar kat ats tadi...

Bahan-bahan coklat

1 cawan serbuk koko Tudor Gold (gaulkan dengan 1 cawan air sampai sebati)
3/4 cawan gula
4 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu marjerin

Cara-cara memasak

1. Masukkan MARJERIN dan GULA dalam kuali, masak hingga cair dan gula jadi kembang.
2. Masukkan sebatian COKLAT tadi.
3. Masukkan SUSU PEKAT MANIS tadi.
4. Kacau sampai agak-agak pekat, asal boleh lah nk celup donut nanti.
5. Siap.


senang jer. 
nisbah 1kg tepung = 64 biji donut bleh dapat

ok, selamat mencuba. (21/2/13 sudah try!)

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!



Resepi Puding Karamel Sedap



Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
Milo atau serbuk koko

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. Tuang berselang seli dengan bancuhan milo/koko. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 


Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya. - Azie Kitchen


Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!

Birthday Party Princess Naurah



Persiapan Princess Naurah



Happy Birthday Princess Naurah yang comel!, Memang cute sangat pakaian princess Naurah. 
Menarik, Datin Wan Naziah telah menempah pakaian khas bertema Frozen bagi semua keluarganya termasuk suami dan anak-anak lelaki berpakaian tema biru semua. Bapa Naurah adalah seorang ahli politik ketua umno di bahagian Shah Alam Dato Azhari sangat pemurah untuk berikan layanan khas kepada kawan-kawan Naurah untuk datang ke hotel menyambut harijadi anaknya. 
Memang baik sangat.... bukan semua orang bermurah hati seperti Dato Azhari. Dia juga memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan berikan peluang kepada event management seperti saya untuk berikan efek lighting, sound, candy buffet, stage dan hiasan deco ruang hotel. Rasa teruja dengan amanah yang diberikan dari Dato Azhari. Dato Azhari adalah ketua umno Shah Alam, sungguh bermurah hati untuk berikan job kepada ramai orang termasuk badut, pelakon tambahan stage dan banyak lagi. 
Bersama kita sokong kareer politik Dato Azhari semoga negara kita dilimpahi rahmat.
Terima kasih sangat pada Dato sudi memberikan kepercayaan kepada team Caveidea untuk melaksanakan event management ini. 

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!

Birthday Frozen Themed Princess Qaseh





Birthday Event Princess Qaseh yang dibuat di sebuat restoran yang disewa khas untuk meraikan harijadi anak Puan Wati. Rasa terharu kerana dia menjemput kanak-kanak yatim dari rumah anak yatim Kapar Klang untuk bersama menyambut harijadi Qaseh yang ke 4 tahun. 
Selain candy buffet dari Caveidea, dia juga menyajikan kambing bakar bersama sos BBQ dan kentang lenyek yang sedap. Nasi minyak, dalca, ayam masak merah, dan sate. 
Tidak dilupakan air sprite tema biru yang sedap
Terima kasih Puan Wati sekeluarga. 

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!




Resepi Kek Marble Gebu


Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco  dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa   bergantung pada kehendak masing2). 

Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas  minyak. Tuang  setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
Cara2..
  Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti      adunan kuih baulu. 
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu. 
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit,    bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu  dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering.  Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas    5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan.  
Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada     permukaannya. 


http://www.kongsiresepi.com

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!

Resepi Kek Pisang



Kek Pisang Layer


Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Potong kek kepada dua bahagian menggunakan pisau kek yang panjang, kemudian sapukan dengan whipping creame dan jem pisau

Sprinkle dengan gula icing di bahagian atas kek

Enjoy!

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 


Jom Kita Follow
Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...