Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Resepi Kek Coklat Moist Anis



KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :
Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :
Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.

p/s Cara saya mengukus menggunakan pemanggang ajaib tu macam ni...


 Panaskan air didalam pemanggang, kira ini suku jer air tu , agak2 tenggelam setengan bekas kek tu.
Bila air dah mendidih baru dimasukan bekas kek kedalam pemanggang tu, tutup pemanggang tu, tunggu kek masak kira-kira 20 minit, sekiranya belum masak lagi boleh tambah masa mengukusnya. 
Bagi toppingnya saya tak guna resepi anis, saya guna resepi saya sendiri...

Topping coklat
Bahannya :-
3/4 cawan susu pekat
1/2 cawan coklat (saya guna van houtten)
1/2 buttercup
Caranya :-

Masak secara double boil ye ... cairkan buttercup didalam bekas, apabila dah cair tuang pula susu pekat tersebut, kacau hingga sebati.
Selepas tu baru dimasukan coklat secara sedikit-sedikit, kacau hingga mesra.
Kemudian baru dituang diatas kek coklat tadi...
#SELAMAT MENCUBA :) #
Kalau tak ada masa nak buat, boleh beli saja...kan...

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
Hubungi Hotline kami 018 2637833

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...