Cantik rainbow cake ini, bertambah selera nak makan bila tengok ada banyak warna,
Bahan bahan:
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu,biru, hijau, kuning, oren & merah
Cara cara:
Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
Masukkan adunan tepung bergilir gilir dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul ketul, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang 1/2 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Penuhkan hanya 1/2 jar sahaja. Pastikan setiap warna adalah sekata dan menyentuh keliling jar.
Susun jar ke dalam loyang yang diisi dengan 1/2 inci air panas. Bakar pada 170C secara water bath selama 35 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing masing.
Jika terlalu penuh, sudu keluarkan sedikit kek untuk dimasukkan frosting samada cheese cream atau butter cream dan untuk diletakkan penutup jar.
Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan
Adunan ini mendapat 13 jar.
Nota:
Boleh dijadikan sebagai doorgift |
Tak perlu di spray jar kerana kek akan dimakan terus dari jar menggunakan sudu dan juga ia menjejaskan kecantikan warna kek.
Boleh juga disudukan warna secara rambang untuk menghasilkan efek Rainbow Cake yang berbeza.
Untuk menyimpan, tutup dan simpan di dalam peti ais.
Jika tidak terus digunakan sprinkles, akan menyebabkan warna turun pada frosting menjadikan ianya kurang cantik.
Best Buttercream Frosting
24 cupcakes
Bahan bahan:
5 sb tepung gandum
1 cawan susu - wholemilk
1 sk Vanilla
1 cawan real salted butter
1 cawan gula kaster (not Powdered Sugar!)
Cara cara:
Sediakan kek cawan dan biarkan benar benar sejuk.
Di dalam kuali kecil, whisk tepung ke dalam susu dan panaskan sambil terus dikacau sehingga ianya likat seperti adunan kek. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Atau boleh juga diletak di atas bekas berisi ais selama 10 minit atau sehingga benar benar sejuk sebelum dimasukkan vanilla. Atau dimasukkan ke dalam peti sejuk dengan dikacau sekali sekala.
Sementara adunan susu disejukkan, putar butter dan gula kaster sehingga gebu dan ringan. Rasa dengan jari kalau gula kaster telah hancur.
Masukkan adunan susu tadi dan putar sehingga sebati dan membentuk whipped cream. Boleh juga adunan susu dimasukkan ke dalam bekas penapis dan ditekan tekan supaya ianya benar benar halus.
Nota:
Sediakan hari yang sama ianya hendak digunakan. Lagi sedap selepas disimpan sehari di dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik dan putar semula utk kembali gebu dan ringan.
Sesuai juga untuk Red Velvet Cake, cake dan pastries
Classic Vanilla Buttercream Frosting
1 cup unsalted butter - lembut
3 - 4 cawan powdered sugar - ayak
1/4 sk garam
1 sb vanilla extract
4 sb heavy cream atau milk
Cara cara:
Putar butter beberapa minit menggunakan kelajuan sederhana sehingga ringan dan gebu. Tuangkan 3 cawan gula sedikit demi sedikit sambil terus diputar dengan kelajuan perlahan. Naik kelajuan sederhana, masukkan vanilla, garam dan 2 sudu besar cream atau susu dan diputar selama 3 minit. Jika perlu, tambahkan baki gula atau jika terlebih pekat, tambahkan baki susu sebanyak 1 sudu besar pada satu masa.
Nota:
1 adunan buttercream ini untuk 2 layer kek saiz 13x9 inci atau 24 cupcakes
Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda! tampa meningkatkan kos bajet anda sedia ada. Tak payah pening-pening, untuk buat sendiri, berikan kepada kami kami punyai kreatif team yang boleh melakukan event yang terbaik utk anda. Anda hanya fokus pada melayan tetamu saja.
Hubungi Hotline kami 018 2637833
No comments:
Post a Comment