Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Biskut Milo




Biskut Marrie 1 bungkus 
2½ cawan milo 
½ cawan serbuk koko 
3 biji telur 
¾ buku butter 
¾ tin susu pekat (tin kecil) 
Segenggam badam @ kekacang yang telah digoreng tanpa minyak (optional)


Cara:
Pecahkan (jangan jadi serbuk dah la) biskut marrie. Ketepikan. 
Panaskan periuk @ kuali & cairkan butter. 
Masuk pula susu pekat. Kacau lagi sampai sebati. 
Pecahkan telur sebiji² & kacau cepat² supaya telur tidak berketul. Api perlulah dalam keadaan kecil. 
Masukkan serbuk koko & milo perlahan-lahan & kacau agar ia tak berketul. 
Bila milo dah sebati & kelihatan mencair, masuk pula biskut marrie & kacang kacangan. (masuk sikit² lagi senang kacau). 
Bila semua bahan dah bersalut dengan biskut, angkat & alihkan ke dalam bekas. 
Mampatkan, biarkan sejuk dalam suhu bilik kemudian barulah dipotong & nyam nyam!
Cadangan Hidangan:
Bila dah sejuk, letak dalam peti ais. Then baru makan. mak ai, rasa dia lagi heaven!! Kalau nak simpan lama, elok simpan dalam peti ais sebab letak kat luar nanti dia akan sedikit lembik & melekat-lekit bila potong.
Tambahan:
Kalau tak ada koko, jadikan adunan milo sebanyak 3 cawan. Kalau suka manis, habiskan 1 tin kecil susu. Tapi ¾ tin tu pun dah secukup rasa.
Credit to myresepi

--------------


Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak?
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
Pm at top or SMS/Whatspp 018 2637833

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...