Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Resepi Oreo Cheesecake



Bahan-bahan yang diperlukan:
200gm biskut oreo - di buang krimnya (saya guna 1 1/2 bungkus biskut Oreo)
50gm mentega cair
Bahan Filing:-
750 gm keju krim (saya guna 500gm krim keju)
130 gm gula kaster (saya kurangkan jadi 110gm )
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (saya guna 2 biji telur)
200ml whipping krim (saya letak 150ml)
1 tbsp. lemon juice
15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya 
Cara membuatnya: 
Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan biskut oreo, gaul rata.
Tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. - kak wan

Selamat mencuba

Resepi Kek Keju




Kek keju tanpa guna cream cheese ini sebenarnya menggunakan kepingan keju (slices cheese). Keju keping yang selalu dimakan dengan roti tu lah atau yang selalu kita apitkan di tengah-tengah burger.

Resepi Puding Cocktail Ice Creame Vanilla

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram) 
6 cawan air 
1 ¾ cawan gula 
4 sudu besar ais-krim vanilla 
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar 

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender): 
1 tin susu sejat Carnation 
Air buah-buahan koktel 
3 sudu besar tepung kastard 
1 biji telur 
¼ sudu kecil vanilla 
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya: 
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut. 
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut. 
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk. 
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit). 
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai. 
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis. 
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.  - sumber sajian dapur bonda


Nak Buat Event Candy Buffet Untuk Anak?


Resepi Kek Cheese Coklat



Bahan-bahan ( 1 biji kek )

Bahan A:
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju (Phildelaphia)
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-cara

-Pukul butter and gula.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.
-Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
-Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
-Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
-Tuangkan baki adunan A.
-Masukkan ke dlm acuan dan kukus - selama 60 mins.(atau sehingga masak)
-Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan.

Nak beli alat bakeri? klik

Resepi Kek Kukus Coklat



Bahan-bahan ( saiz kek loyang 8" x 8" )

1 cawan koko van houten
1 kotak kecil susu coklat HL
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
semua bahan ini dimasak atas api yang kecil sehingga sebati.
3 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit esen vanilla
Cara-cara

Pukul telur hingga kembang. Masukkan vanilla dan tepung yang diayak bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian masukkan coklat yang dimasak tadi. Sebelum dikukus, loyang hendaklah ditutup dengan aluminium foil supaya air pengukus tidak menitik. Akhir sekali kukus hingga masak selama 1 jam. Gerenti masak.

Resepi Kek Minyak Pelangi



Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
5 biji telur
3/4 cawan gula halus  gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2  Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Resepi dari http://linapg

Resepi Kek Carrot



Hari ini saya ingin kongsikan resepi kek karot. Kek ini boleh dibuat dengan mudah, untuk makanan sendiri atau dijual di kawasan berdekatan anda

 450 gm lobak merah-di parut
 255 gm tepung roti
 1/4 st serbuk penaik
 1/2 st soda bicarbonate-akak kurangkan
 1/4 st 1 st cinnamon
 390 gm gula castor-akak guna 370 gm
 75 gm walnut cincang-akak guna 90 gm 
 4 biji telur
 3/4 cawan minyak jagung 1/2 st garam 

cara Tepung,serbuk penaik,soda bicarbonate di ayak dan ketepikan. Pukul telur hingga gebu Masukkan gula dan pukul hingga gula hancur Masukkan minyak jagung dan perlahankan speed Masukkan bahan yang di ayak Masukkan garam bila lobak merah dan walnut di masukkan. Gaul perlahan dengan spatula Alas acuan dengan kertas Tidak perlu sapu mentega Bakar dengan suhu 175 selama 40-45 min

 250 gm cream cheese
 60 gm mentega
 130 gm gula icing 50 gm(akak guna 80gm)
 walnut di bakar dulu dan kemudian di kisar

Pukul cream cheese hingga rata masukkan mentega dan gula Pukul lagi Kacau rata dan sapu pada kek.

Selamat Mencuba
sumber anymz mykitchen



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...