Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Resepi Kek Keju




Kek keju tanpa guna cream cheese ini sebenarnya menggunakan kepingan keju (slices cheese). Keju keping yang selalu dimakan dengan roti tu lah atau yang selalu kita apitkan di tengah-tengah burger.


Bahan-bahan Meskipun cuma guna slices cheese, tapi rasanya hebat. Lembut, gebu, manis, berkrim, wangi dan seakan-akan Japanese Cheesecake.

4-5 keping slice cheese (saya pakai 4 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila 

Cara-cara
Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (bertanduk).
Nampak tak ada tanduk?
Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit (apabila diturunkan suhu, saya cuma bakar selama 30 minit), gunakan acuan kek berukuran 18cm (saya guna yang 9 inci) dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (klik sini untuk penerangan lanjut tentang bain-marie), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya. Saya parut keju cheddar untuk kesan cheese yang berganda.

Sebelum dihias
Parut Keju Cheddar
Ini nota daripada Ros Jintanmanis: Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya. Credit to http://emiliaputeri.blogspot.com

Nak Buat Event Candy Buffet Untuk Anak?
Nak Beli Barang Bakeri? 

                                                       


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...