Harap Maklum Sebarang Order

Whatsapp/SMS/Call +60132806029 (Saerah)

Resepi Apam Balik



Resepi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.

Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Caranya 
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega

Makanan Mencegah Kanser



Saya ingin kongsikan cara nak buat sandwich sayuran yang sedap. Kita selalu makan makanan yang berasid seperti daging, kopi dan sebagainya sampai kita lupa makan sayuran dan buahan. 
Sandwich ini memang sedap di makan dan berkhasiat untuk mencegah kanser. Makan setiap hari ya. 

Bahan
Timun dikisar
Tomato
Minyak zaitun
Avocado
Blackpepper
Bawang
Lemon juice
Salad
Cheese cheddar

Hasilnya memang sedap dimakna untuk lunch dan breakfast. Boleh dibakar roti atau makan dengan roti biasa lebih ekok dari roti high fibre. 

Selamat mencuba. 

Fakta

Resepi Pudding Banana



Bahan2 A :

Roti butterscoth 1 bungkus ( nak guna roti biasa pun boleh..tp butterscoth)
800 ml susu segar @  susu penuh krim (susu Dutchlady Full Cream)
Coklat chips/kismis ikut byk mana u olls suka


Langkah Pertama :


** Panaskan oven pada suhu 180 celsius terlebih dahulu.. api oven atas bawah..
Koyakkan roti dan masukkan dalam loyang yg telah di griss dgn butter terlebih dahulu.. saya potong bentuk 3 segi je sbb cntek sikit bila bakar nanti. Lepas tu, taburkan coklat chips yg u olls suka.. saya tabur kat dalam roti sekali.. sape2 suka kismis boleh isi jugak.. Lepas tu tuang la susu..sambil tekan2 roti tu bg meresap susu ke dalam roti.. saya main tuang je susu  tu, malas nak sukat2.. hehehe..asalkan roti tu dah terendam dgn susu. 
Nak sedap lagi tambah hirisan pisang. Kalau tambah tak perlu guna banyak gula ye...

 Hasil rendaman..  biarkan jap.. meh kita sediakan bahan B..
(eh sy tmbh 3 kpg roti gardenia biasa yg telah disapu butter kat atas.sbb nk bg lg byk..hihi)

Bahan B


1 penutup esen vanila
3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu
2 biji telor ayam
3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas = jadikan pes
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula kastor


Langkah kedua :
 Masukkan semua bahan B dalam bowl ..kacau guna whisker sampai sebati..


Lepas tu tuang je ke dalam loyang berisi roti tadi. 
Biarkan dalam 40 minit dalam suhu 180 darjah
Kalau nampak macam dah masak tu boleh keluarkan. 
Sekarang ni pudding roti kenalah makan dengan custard barulah sedap. 

Cara-cara nak buat kuah kastard
 BAHAN C
  1 tin susu cair
     2 sudu makan tepung kastard
    2 sudu makan gula biasa

Cara-cara :

Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk. .Gaul rata2 sampai tiada lagi ketul-ketul kecik..Lepas tu masak atas dapur dgn api yg sederhana...Kalau nak sedap lagi saya tambahkan sikit susu Dutchlady Full Cream (Lebihan tuang ats roti td).Kacau sampai jadi likat sikit (agak berat) dan tutup api.
credit to dakcikain.blogspot.com

Nak beli alatan bakeri? Nak Buat Tempah Candy Buffet?

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Resepi Creame Puff Coklat Sedap


Ramai yang suka creme puff, yang terkini letak coklat pasti ada kelaianan.
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 

Resepi Oreo Cheesecake



Bahan-bahan yang diperlukan:
200gm biskut oreo - di buang krimnya (saya guna 1 1/2 bungkus biskut Oreo)
50gm mentega cair
Bahan Filing:-
750 gm keju krim (saya guna 500gm krim keju)
130 gm gula kaster (saya kurangkan jadi 110gm )
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (saya guna 2 biji telur)
200ml whipping krim (saya letak 150ml)
1 tbsp. lemon juice
15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya 
Cara membuatnya: 
Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan biskut oreo, gaul rata.
Tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. - kak wan

Selamat mencuba

Resepi Kek Keju




Kek keju tanpa guna cream cheese ini sebenarnya menggunakan kepingan keju (slices cheese). Keju keping yang selalu dimakan dengan roti tu lah atau yang selalu kita apitkan di tengah-tengah burger.

Resepi Puding Cocktail Ice Creame Vanilla

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram) 
6 cawan air 
1 ¾ cawan gula 
4 sudu besar ais-krim vanilla 
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar 

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender): 
1 tin susu sejat Carnation 
Air buah-buahan koktel 
3 sudu besar tepung kastard 
1 biji telur 
¼ sudu kecil vanilla 
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya: 
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut. 
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut. 
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk. 
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit). 
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai. 
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis. 
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.  - sumber sajian dapur bonda


Nak Buat Event Candy Buffet Untuk Anak?


Resepi Kek Cheese Coklat



Bahan-bahan ( 1 biji kek )

Bahan A:
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju (Phildelaphia)
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-cara

-Pukul butter and gula.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.
-Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
-Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
-Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
-Tuangkan baki adunan A.
-Masukkan ke dlm acuan dan kukus - selama 60 mins.(atau sehingga masak)
-Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan.

Nak beli alat bakeri? klik

Resepi Kek Kukus Coklat



Bahan-bahan ( saiz kek loyang 8" x 8" )

1 cawan koko van houten
1 kotak kecil susu coklat HL
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
semua bahan ini dimasak atas api yang kecil sehingga sebati.
3 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit esen vanilla
Cara-cara

Pukul telur hingga kembang. Masukkan vanilla dan tepung yang diayak bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian masukkan coklat yang dimasak tadi. Sebelum dikukus, loyang hendaklah ditutup dengan aluminium foil supaya air pengukus tidak menitik. Akhir sekali kukus hingga masak selama 1 jam. Gerenti masak.

Resepi Kek Minyak Pelangi



Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
5 biji telur
3/4 cawan gula halus  gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2  Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Resepi dari http://linapg

Resepi Kek Carrot



Hari ini saya ingin kongsikan resepi kek karot. Kek ini boleh dibuat dengan mudah, untuk makanan sendiri atau dijual di kawasan berdekatan anda

 450 gm lobak merah-di parut
 255 gm tepung roti
 1/4 st serbuk penaik
 1/2 st soda bicarbonate-akak kurangkan
 1/4 st 1 st cinnamon
 390 gm gula castor-akak guna 370 gm
 75 gm walnut cincang-akak guna 90 gm 
 4 biji telur
 3/4 cawan minyak jagung 1/2 st garam 

cara Tepung,serbuk penaik,soda bicarbonate di ayak dan ketepikan. Pukul telur hingga gebu Masukkan gula dan pukul hingga gula hancur Masukkan minyak jagung dan perlahankan speed Masukkan bahan yang di ayak Masukkan garam bila lobak merah dan walnut di masukkan. Gaul perlahan dengan spatula Alas acuan dengan kertas Tidak perlu sapu mentega Bakar dengan suhu 175 selama 40-45 min

 250 gm cream cheese
 60 gm mentega
 130 gm gula icing 50 gm(akak guna 80gm)
 walnut di bakar dulu dan kemudian di kisar

Pukul cream cheese hingga rata masukkan mentega dan gula Pukul lagi Kacau rata dan sapu pada kek.

Selamat Mencuba
sumber anymz mykitchen



Resepi Kuih Creame Puff



Bahan-Bahan:

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
Cara-cara
Cara Penyediaan:

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff - sumber resepi dari facebook/bukuresepi

Selamat Mencuba
Ingin menempah candy buffet untuk tema frozen, batman, pocoyo, princess Kami dapat berikan khidmat yang terbaik untuk majlis anda Hubungi +6018 263 7833


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...